Anonymous

3 years

Gerd , otot les lemah dan puasa

saya ada masalah gerd / otot LES lemah. bolehkah saya berpuasa? adakah berpuasa akan menyebabkan masalah gerd saya menjadi lebih teruk

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gastritis adalah peradangan lapisan dalam perut, sementara gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah sakit dan keradangan akibat daripada reflux acid perut yang naik ke esophagus.

Biasanya, ubatan dan rawatan untuk gastritis dan GERD adalah hampir sama. Biasanya ubatan yang diberikan untuk kedua penyakit ini adalah untuk mengatasi atau meneutralkan asid perut yang naik. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:

  • tinggikan posisi kepala saat tidur
  • kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
  • kurangkan makanan pedas
  • bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
  • elakkan makan sebelum tidur (3 jam)

Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

image

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.