hamb6050

4 years

GERD, otot LES lemah dan ubat PPI

Hi,

2 minggu lepas saya ada alami badan rasa panas tapi suhu normal, mual dan sentiasa rasa nak sedawa dan simtom tu lagi teruk bila bangun tidur/baring

selain itu kadang2 ada rasa berdebar, sesak nafas, dan nyeri di bahagian dada.

selepas itu saya mengambil dexilant dan semua simtom diatas dah berkurang.

tapi selepas 10 hari makan dexilant rasa mual dan kerap mahu sedawa dah kembali. tapi simtom lain macam badan panas, sesak nafas semua tak ada

patutkah saya tukar ubat PPI

bolehkah saya tukar dexilant kepada rabeprazol?

Dr Ramzdhan,

4 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, masalah yang anda hadapi adalah lebih menjurus kepada GERD. Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian.

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
  • Rawat hiatus hernia (jika ada)
  • Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Makan sedikit tetapi kerap

Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda. Ubat PPI memerlukan preskripsi doktor. Oleh itu, sekali lagi, berjumpa dengan doktor merupakan alternatif seterusnya sekiranya langkah diatas gagal.

Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.

stomachache

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.