Anonymous

4 years

Kerap sendawa dan sakit belakang badan atas sebelah kanan

Assalamualaikum.sy berumur 27 tahun.sy ingin tahu tentang sakit yang saya alami yg hampir setahun yang saya tidak tahu apa puncanya.saya harap doktor dapat membantu saya.saya alami rasa macam nafas saya tidak terlalu lancar yang membuatkan terasa macam tersekat dekat tekak.bile saya hembus nafas terasa macam tidak puas macam ada sangkut.dan saya kerap sendawa angin berulang.manakala tiap kali saya sendawa saya rasa belakang badan saya sebelah kanan belah atas terasa sakit seperti macam kene tekan.dan disebabkan sakit ini saya sukr untuk tidur mahupun baring.sebab saya akan rasa nafas dan sendawa angin saya tersekat macam tidak lepas dekat tekak.tp bila saya duduk baru kluar sendawa yang betul dan dalam satu hari kerap sendawa sehingga lebih 3 kali tidak kira waktu siang atau malmam mahupun masa hendak tidur.dan bila saya sendawa akan ambil masa dalam 10-15 minit

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:

  • GERD
    • Penyakit jantung
    • Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
    • Kekurangan darah atau anaemia
    • Jangkitan paru-paru
    • Barah paru-paru
    • Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
    • Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)

Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

sakit%20rusuk%20kiri

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.