
Anonymous
4 years
………Kub Ultrasound
Hi doktor. Saya nak tanya. Saya baru sahaja selesai ultrasound KUB. Result semua okay. Apakah yang dimaksudkan “prominent left renal calyces”? Kerana dalam findings tu semua saya faham kecuali yang itu. Sebab saya kencing tidak lawas sudah lama. Tetapi baru ni sahaja dapat buat ultrasound sebab dah pun makan antibiotik tapi still tak okay…
Saya jumpa doktor di hospital tadi dan dia refer saya ke hospital besar. Sementara tunggu appointment, saya nak tahu apakah maksud prominent left renal calyces”? Sedangkan findings yang lain semua tiada masalah. Adakah ianya hydronephrosis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Hi dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, calyces adalah ruang buah pinggang di mana air kencing mengalir. Prominent calyces bermaksud saluran itu dapat dilihat dengan lebih jelas melalui imbasan ultrasound.
Manakala, hydronephrosis didefinisikan sebagai distensi saluran calyces dan pelvis dengan air kencing akibat dari penyumbatan aliran keluar air kencing. Oleh itu, ianya berkemungkinan adalah hydronephrosis. Namun begitu, apa yang penting adalah punca dari penyumbatan ini. Ianya harus dirawat sebelum kondisi anda menjadi lebih parah dan seterusnya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Antara penyebab yang saluran calyces ini megalami distensi dan kembang adalah:
hidronephrosis (penumpukan air kencing)
jangkitan buah pinggang
Batu karang
tuberkulosis buah pinggang atau urologi
barah buah pinggang
Jangkitan saluran air kencing (UTI)
barah pundi kencing
penyumbatan buah pinggang (biasanya disebabkan oleh kecacatan semasa lahir)
penyumbatan saluran kencing (UTO)
fibrosis buah pinggang
tumor atau sista
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana konsultasi di platform ini adalah lebih terhad dari konsultasi dengan doktor di hospital
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.