English and Malay | |
Our doctors can help you in both languages | |
Accredited Doctors | |
All doctors at DoctorOnCall are registered with Health Ministry of Malaysia | |
Privacy Guaranteed | |
Your data is safe and will not be revealed to any parties | |
Quick and Efficient | |
All queries will be answered by doctors in a quick and efficient manner |
Answered by: Dr Sashini Seeni
Maafkan saya,penerangan yang saya hantar tadi terputus,saya sertakan semua sekali di sini
Salam doktor,sejak kebelakangan ini saya sering gatal dekat hidung,selalu bersin,tekak sakit dan badan rasa lenguh,kadang rasa degupan jantung macam tak normal tiba-tiba rasa macam penat,dan saya tergerak hati nak google gejala resdung dan apa yang saya dapati semua yang saya alami ada dalam simptom resdung,jadi pertanyaan saya adakah patut saya berjumpa dengan doktor atau beli ubat-ubatan dekat farmasi sahaja.
Saya harap dapat nasihat daripada doktor.
Terima kasihđ
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu resdung. Untuk makluman anda, resdung boleh dirawat dan dihilangkan dengan beberapa cara. Ini termasuklah ubat-ubatan, serta rawatan sendiri yang dilakukan di rumah dan kemungkinan ubat-ubatan alternatif. Berjumpa dengan doktor anda sebelum mencuba sebarang rawatan baru bagi resdung.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya. Sekiranya masalah ini dibiarkan, dikhuatiri ia akan memudaratkan diri serta mengganggu aktiviti harian anda.
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.