Anonymous

3 years

Parkinson. restless leg. take madopar ¾ of 250mg. but still develop simptom. restless jaw and shoulders

my dad have parkinson and take madopar. malam tadi jam 8 sy sudah berikan madopar mengikut dos yang ditetapkan. kemudian jam 11mlm simptom parkinson nya develop lagi dan berian lagi mengikut dos yang sama.namun tidak berkesan. sy berikan lagi jam 1 pagi dan mula menampakkan kesan. namun simptom m itu datang semula. apakah masalah bapa saya doktor?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.

Sekiranya dia baru-baru sahaja mengambil ubat, berkemungkinan ubat tersebut mengambil masa untuk memberi kesan. Namun sekiranya beliau sudah lama mengambil ubat ini dan ubat tersebut tidak memberi kesan, hal ini berkemungkinan disebabkan penyakit itu sendiri. Kebiasaannya, setelah jangka masa yang lama, ubat ini tidak lagi berkesan. Berkemungkinan juga dos yang lebih banyak atauk rawatan lain diperlukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.