
Anonymous
3 years
Rawatan yang dapat dilakukan di hospital
Saya seorang perempuan berumur 19 tahun, sekiranya saya ingin melakukan rawatan di klinik gigi, bolehkah saya ingin membuat rawatan untuk tampalan gigi dan rawatan untuk gusi saya yang sakit? Gusi saya tidak terasa bengkak dan juga tidak berdarah, cuma ia terasa nyeri dan sakit.

3 years
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian gusi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk mengetahui puncanya, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi supaya pemeriksaan dapat dibuat. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan pada akar gusi
- Tampalan tercabut atau telah pecah; perkara ini boleh terjadi dan adalah normal
- Jangkitan pada bahagian gusi (gingivitis)
- Teknik berus gigi yang salah atau memberus dengan kasar
Berikut antara perkara yang anda boleh lakukan sementara menunggu untuk berjumpa dengan doktor:
- Menggunakan ubat tahan sakit topikal (gel)
- Berkumur menggunakan air garam
- Elakkan dari mengunyah di bahagian yang sakit
Kami bersaran supaya anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan kerana jika dibiarkan, akar gigi anda boleh rosak dan mudah untuk mendapat jangkitan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.