hentam_je82

4 years

Sakit di bahagian dada ketika mengandung

Sy Fiza 37thn, mengandung anak ke-3, usia kandungan baru 10 minggu. masaalah sy sejak kebelakangan ini tidur sy terganggu disebabkan sakit di bahagian dada… sakit yang teramat sangat. Tapi sy tidak ambil ape2 ubat takut memudaratkan kandungan. Sy cuma sapu minyak angin di bahagian sekeliling dada dan urut perlahan lahan… selepas itu sakit sy reda… apakah masaalah yg sy hadapi Dr? Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah tersebut besar kemungkinan disebabkan oleh GERD boleh menyerupai masalah jantung atau paru- paru. Hal ini demikian kerana, kandungan yang besar akan menyebabkan perubahan posisi organ dalaman dan hormon wanita mengandung Estrogen dan Progesterone akan melonggarkan organ esophagus sekali gus menyebabkan masalah GERD. Namun begitu, masalah GERD bukan penyakit yang merbahaya. Buat sementara ini, anda boleh cuba :

  • Elak pengambilan makanan berminyak atau goreng
  • Ambil makanan dalam kuantiti yang kecil
  • Tidak baring sejurus selepas makan
  • Banyakkan menjalankan akitviti fizikal yang tidak terlalu lasak

**Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

pregnancy%5B1%5D

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.