Anonymous

4 years

Saya sakit apa ye dok? Kena p hospital ke?

Saya lelaki dalam 20an. Saya nak tanya kenapa bila pagi² saya stres pastu rasa mcm xselesa di leher? mcm ada sesuatu yg tengah kering dalam leher(bawah halkum). dalam keadaan marah pun terjadi benda yang sama.saya minum air rilek sekejap baru ok.pernah dulu sampai saya rasa xcukup oxigen.ia berlaku selalunya di awal pagi bangun dari tidur.adakah ia ada kaitan dengan thyroid? dh check saya puya anxiety doktor ckp ok.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami faham bahawa anda ingin tahu penyebab ketidakselesaan pada leher yang anda hadapi. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:

  • radang tonsil atau sekitar leher
  • jangkitan kuman pada tonsil atau sekitar leher

Bagaimanapun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:

  • ketumbuhan di leher
  • abses/ nanah
  • masalah tiroid atau ketumbuhan pada tiroid

Jika masalah ini ditambah dengan kesukaran bernafas seperti yang anda perihalkan sekali lagi, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.

Terima kasih

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

happy%20throat

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.