Anonymous
4 years
Scalloped tounge and sinus
Hi doctor. I got scalloped tounge this morning suddenly. tapi saya baru sahaja pulang dari hospital dua minggu lepas di sebabkan sinus yg agak teruk. Adakah scalloped tounge ni bahaya atau ade kaitan dgn sinus?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Scalloped tongue boleh terjadi akibat daripada makroglossia, ia merupakan keradangan atau pembesaran lidah yang tidak normal. Scalloped tongue boleh disebabkan oleh keadaan seperti tekanan atau hipertiroidisme. Sekiranya anda mempunyai lidah merah yang berkilat dan terang, ini bermakna anda kekurangan vitamin. Sila dapatkan nasihat daripada doktor yang pernah merawat anda bagi mendapatkan kepastian mengenai masalh ini.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

































