azuraputeri

4 years

Sinus, Post-Nasal Drip & Gastroesophageal reflux disease (GERD)

Salam
Saya telah mengidap lama masalah pada hidung, selsema jenis pekat, kahak/lendir berkumpul banyak dan terasa melekat di dalam hidung dam kerongkong sehingga mengganggu pernafasan kerap menjadi teruk, sukar menelan makanan, terasa sangkut di tekak dan kerongkong. Terlalu sukar untuk mengeluarkan kahak atau lendir ini.

Saya telah pergi mendapatkan rawatan, dimasukkan kamera melalui rongga hidung hingga ke tekak. Doktor mengatakan saya mengidap Sinus, Post-Nasal Drip & Gastroesophageal reflux disease(GERD). Perut sentiasa rasa kembung, makanan tidak hadam seperti berada di tekak. Saya telah makan ubat namun ia kerap berulang, dan kini pernafasan saya semakin sukar, sukar menelan.

Apa yang patut saya lakukan?
Minuman apa yang saya yidak boleh minum?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit asid refluks atau GERD ini selalunya akan diterukkan oleh makanan pedas, masam, berasid dan berkafein. Kopi pada dasarnya boleh membuatkan GERD menjadi teruk. Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
  • Rawat hiatus hernia (jika ada)
  • Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Makan sedikit tetapi kerap

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

batuk-kering

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.