
Anonymous
4 years
Telinga berair melekit
Dok, telinga sy keluar cecair yg melekit tp tiada warna & sakit. Sy dah jumpa doktor swasta & mrka just bgi antibiotik, ubat titis telinga , ubat bengkak & ubat tahan gatal. Doktor sblm ni kata ada luka dlm telinga but sy tak jumpa doktor sbb dah habis ubat. Should i check up again or kena buat anything?

4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu telinga berair dan melekit. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas.Biasanya anggaran tempoh penyembuhan telinga berair bergantung kepada punca berlakunya telinga berair. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Memandangkan anda telah habis makan ubat dan sakit telinga anda masih belum sembuh, sebaiknya, sila rujuk kembali kepada doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda juga disarankan berjumpa dengan doktor pakar jika anda ingin maklumat lanjut. Klik di sini untuk membuat temujanji secara atas talian.
Terima kasih