Anonymous
5 years
Terdapat bengkak pada bahagian bawah rahang leher kiri saya
Assalamualaikum doktor, terdapat bengkak pada bahagian bawah rahang saya pada mulanya ia amat sakit disentuh namun setelah seminggu bengkak itu mula Mengeras dan rasa sakit itu berkurangan. Soalan saya perlu kah saya berjumpa doktor kerana sakit itu sudah pun berkurangan namun bengkak itu tetap ada.
5 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan pada leher dan pada tulang selangka anda boleh disebabkan:
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman dalam badan seperti tibi atau kanser darah/perut
- Sista (cyst)
- Gumpalan tisu lemak (lipoma)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti saiz dan konsistensi bengkak tersebut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































