
Sulit
5 tahun
Berhenti merokok secara mengejut
Selamat malam doktor…saya nak tanya…saya berhenti merokok secara mengejut…sudah 2 minggu saya berhenti merokok…semenjak saya berhenti merokok saya badan saya kerappanas dan badan saya menjadi lembik…adalah itu kesannya berhenti merokok secara mengejut.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda berhenti merokok. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ia seperti kesan sampingan atau dipanggil withdrawal symptoms kerana anda berhenti merokok. Hal ini kerana badan anda kehilangan sesuatu yang sering mereka terima.
Sememangnya gejala yang anda alami adalah sangat tidak selesa, namun ianya tidak memberi kesan buruk malah memberi kesan yang lebih baik kerana merokok adalah sangat merbahaya kepada anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Selain itu anda boleh menghadiri klinik berhenti merokok di klinik kesihatan bagi mendapatkan bantuan supaya anda konsisten dalam usaha berhenti merokok ini.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.