hawasyafika10
5 tahun
Confused hamil atau tidak
Saya dah missed period 2 minggu. Minggu pertama missed period saya rasa badan sangat lemah, rasa nak pitam, kurang selera makan, loya, sensitif dengan bau makanan mcm sardin & kuah berlemak. Kali pertama check 1 minggu lewat period tapi result negative. Kali kedua check pada 2 minggu lewat period dan hasil pun still negative. Saya confused adakah ni tanda awal hamil atau masalah kesihatan yang lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal akan berlaku setiap 24 - 38 hari. Haid anda yang lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Melihat kepada pelbagai penyebab haid lewat, serta lamanya anda belum mendapat haid, kami mencadangkan agar anda merujuk ke doktor agar dapat dibincangkan lanjut diagnosis manakah (dari senarai diatas) yang paling mungkin dihidapi.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Biasanya sekiranya masih terlalu awal, hasil ujian akan negatif.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























