
Sulit
4 tahun
Jerawat dan keputihan
saya berusia 19 tahun. saya mengalami keputiha yang terus semenjak berusia 17 tahun. beberapa hari yang lepas, muncul banyak jerawat di bahagian bibir kemaluan. adakah ia normal? atau perlukan rawatan yang lebih lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keputihan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Selain itu, jerawat yang tumbuh di kawasan kemaluan kebiasaanya bukan masalah yang perlu dirisaukan. Seperti juga jerawat di muka, jerawat di kawasan kemaluan boleh hilang dan sembuh dengan sendirinya. Ianya muncul disebabkan perubahan hormon atau kebersihan yang tidak mencukupi sehingga menyebabkan kelencar minyak tersumbat. Hal ini menggalakkan pembiakan bakteria dan seterusnya menyebabkan gejala jerawat iaitu, bengkak, nanah, kemerahan serta sakit.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebig-lebih lagi sekiranya jerawat tersebut tidak sembuh, semakin banyak atau semakin parah. Hal ini kerana ianya berkemungkinan bukan jerawat tetapi masalah lain.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.