
Sulit
4 tahun
Kegatalan di bahagian sulit,celah kangkang,dubur dan bahagian dalam alat sulit
Saya wanita hujung 20-an dan belum berkahwin.Saya telah mengalami masalah kegatalan di bahagian sulit,celah kangkang dan dubur sekitar umur 13 tahun.Saya sering ke klinik bagi mendapatkan rawatan kepada masalah ini tetapi masalah yang sama akan berulang setelah ubat yang diberikan habis.
Beberapa bulan yang lepas iaitu bermula dari bulan 7,masalah kegatalan ini bukan hanya berlaku di bahagian luar alat sulit,malah saya turut mengalami kegatalan pada bahagian dalam alat sulit yang berlaku sebelum haid dan berterusan sehingga habis haid.
Namun begitu,pada bulan ini,kegatalan tersebut tidak berhenti walaupun saya telah habis haid.
Pada pandangan Dr,apakah masalah yang sedang berlaku kepada saya sehingga menyebabkan kegatalan di bahagian dalam alat sulit dan apakah rawatan yang sesuai bagi merawat masalah ini.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia tetap memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dari semasa ke semasa, bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah lendiran putih yang pekat mahupun berair dan berbau boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal)
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan parasit atau fungus
Ia juga boleh disebabkan oleh
- Tanda-tanda ruam atau panau
- Alahan produk kebersihan atau ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Dermatitis seborrhoeic
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah