
mizahjamel
5 tahun
Kenapa saya tidak period hampir 2 bulan? kenapa saya asyik demam, sakit kepala lepas itu perut rasa cramp and sakit?
saya wanita berumur 21. saya nak tanya dengan soalan itu. saya tidak period hampir 2 bulan. saya asyik pening kepala. badan sentiasa panas tpi bukan demam. lepas itu asyik muntah angin dan perut rasa berangin and rasa cramp. boleh kah saya tahu kenapa? symptom nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir, ataupun dalam kes anda sekarang haid anda adalah 2 bulan. Justeru dalam kes anda, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Namun, sekiranya hasil negatif, boleh jadi kerana kehamilan terlalu awal, ataupun hasil memang negatif. Untuk konfirmasi ulang, silakan ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan scan.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.