
Sulit
3 tahun
Keputihan b’cmprdarah
Sye br shj hbs haid lbhh krg 2weeks. Knp bila sy buang air kecil terdapat keputihan b’campur darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan bercampur darah yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.