
Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna kuning 3 hari selepas habis haid (haid 5-6 hari)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya ada soalan. Saya datang haid 16/6 dan habis (tiada darah) 20/6.Tapi sehingga hari ini saya ada keputihan berwarna kuning berbau mild. Adakah ini sisa haid atau keputihan kronik?
Saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
No pain during intercourse
No irregular periods
No spotting brownish or pinkish
No irregular bleeding in between periods
I have anxiety and depression (mild) took Xanax last on March
Backpain and Sciatica on right side
BMI - Obese (currently on Intermittent Fasting.
Boleh suggest ubat di farmasi taken orally? Sbb saya tak selesa dengan penggunaan krim

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keputihan ini boleh jadi fisiologi (normal) atau penyakit. Keputihan normal kebiasaannya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid).
Antara sebab lain yang boleh menyebabkan keputihan adalah:
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Terdapat juga keputihan yang sering berlaku dalam tempoh 7 hari sebelum dan selepas haid. Keputihan yang dialami adalah kering dan melekit. Oleh itu, masalah keputihan yang anda alami berkemungkina normal dan tidak perlu dirisaukan sekiranya anda tidak mengalami gejala seperti:
- Gatal pada bahagian sulit
- Sakit ketika kencing
- Lendir berubah warna atau berbau kurang menyenangkan
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Pendarahan di antara kitaran haid
- Sakit perut
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, punca masalah anda haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sukar untuk pihak kami memberi nasihat mengenai rawatan hanya berdasarkan maklumat yang anda berikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang apa yang saya boleh sarankan untuk anda mengambil langkah seperti:
Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
Kerap tukar pakaian dalam anda
Jaga kebersihan kelamin
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.