
Sulit
5 tahun
Keputihan beserta darah
hai . saya berumur 27 tahun . mempunyai dua orang anak . dan kedua anak saya dilahirkan secara czer . saya ingin bertanya . saya baru lepas hbis period . dan telah kering sepenuh nya . tetapi 2 hari selepas itu semasa sy membuang air kecil . saya tgok keputihan saya bercampur dengan darah . dan pada esok nya keputihan saya bercampur dgn warna coklat . ada kah ini menunjuk kan hormon atau normal untuk wanita selepas habis period . atau saya perlu rujuk atau membuat pap smear ? saya tiada sebarang gatai2 atau sakit di bahagian itu .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Pap smear adalah merupakan sejenis pemeriksaan yang tidak menyakitkan dan sedikit invasif, bertujuan untuk mendeteksi kanser serviks. Memandangkan anda adalah aktif secara seksual dan tidak diketahui status vaksinasi HPV, maka sebaiknya anda langsung memeriksa pap smear di doktor untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.