
Sulit
4 tahun
Keputihan kepada senggugut kepada tidak period
Saya wanita berusia 27 tahun & belum berkahwin . Lebih kurang setahun yg lepas saya mengalami keputihan dua minggu selepas period . Paling lama seminggu . Dari berwarna putih ke berwarna coklat & berbau (kadang) . Dari biasa, ke tebal . Kemudian, beberapa bulan selepas itu, jika lewat dtg period akan rasa senggugut yg kuat . Untuk hari pertama sahaja . Sekarang, period dah 2 bulan tak datang . Adakah perkara ini normal atau salah satu simptom penyakit lain ? Thanks .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga atau suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional
Gejala keputihan dan bau yang tidak menyenangkan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar
yang terlalu ketat. - Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Apabila keputihan berwarna coklat, ia boleh berpunca daripada:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Kami juga mempunyai panel doktor pakar ginekologi (Gynaecologist) yang arif tentang masalah berkaitan sistem reproduktif wanita yang boleh memberikan pendapatnya tentang keadaan anda. Aturkan temujanji atas talian dengan doktor pakar kami di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.