
Sulit
4 tahun
Kesan berhenti rokok
Saya lelaki berumur 23 tahun. Saya merokok sejak umur 16 tahun lagi. Sekarang saya berhenti merokok sudah 2 minggu sejak sakit tekak. Tapi sekarang sejak saya berhenti badan saya rasa lemah dan juga sakit2. Dada saya merasa seperti dicucuk cucuk. Tangan merasa menggigil. Sukar utk tidur malam. Ada masa saya merasa mcm terkena panic attack, dada saya rasa sempit, badan berpeluh peluh dan tangan merasa menggeletar. Adakah ini simptom berhenti merokok secara tiba-tiba ataupun berkait penyakit lain?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kerana telah berani mengambil langkah yang sangat penting dalam menjaga kesihatan anda. Anda berjaya membuat pilihan yang tepat - iaitu berhenti merokok!. Namun untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa perkara yang perlu diutamakan agar langkah berhenti merokok yang diambil berjaya sehingga ke hujung garis penamat. Antaranya adalah:
- Tanamkan azam & fikir tujuan utama berhenti merokok
- Sekiranya curiga terdapat sindrom sarak nikotin untuk segera berjumpa doktor
- Mendapatkan bantuan dari tampalan nikotin atau gula-gula getah nikotin
- Mengambil terapi kumpulan atau kaunseling
Namun untuk makluman anda, gejala dada mencucuk, berdebar, berpeluh tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan organ jantung
- gangguan cemas / tekanan (baca: anxiety disorder)
- sindrom sarak nikotin (baca: nicotine withdrawal syndrome)
- dan lain-lain
Jalani hidup yang lebih sihat dan bebas daripada rokok.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sukar untuk berhenti merokok? Jangan putus asa lagi, pakar kami sedia membantu