Sulit
5 tahun
Lewat datang period 7 hari
saya wanita berumur 21 tahun, period saya lewat 7 hari, sebelum2 ini period saya datang secara normal setiap bulan. adakah berkemungkinan saya hamil akan tetapi saya tidak merasakan simptom hamil pada diri saya walaupun ada melakukan sex( pancut luar) atau pun period saya lewat disebabkan berat badan saya yang berlebihan?(BMI tak normal)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal akan berlaku setiap 24 - 38 hari. Haid anda yang lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Melihat kepada pelbagai penyebab haid lewat, serta lamanya anda belum mendapat haid, kami mencadangkan agar anda merujuk ke doktor agar dapat dibincangkan lanjut diagnosis manakah (dari senarai diatas) yang paling mungkin dihidapi.
Kemungkinan untuk hamil masih tetap ada memandangkan anda telah melakukan hubungan seksual walaupun pancut luar. Ini adalah kerana, sperma masih tetap wujud dalam cairan pra-pancut. Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























