
Sulit
5 tahun
Makan pil emergency lewat period
Hi Dr saya berumur 23 tahun, pada 29/12/19 dan berakhir pada 4/1/2020 saya telah datang haid dan melakukan hubungan intim dan tidak merancang untuk hamil. saya telah mengambil pil emergency pada 7/1/2020. kemudian berlaku pendarahan pada 9/1/2020 hingga 12/1/2020. sehingga kini saya masih tidak mendapat next period saya yang telah lewat 4 hari. saya juga telah melakukan pregnancy test berulang kali kerana saya terasa seperti hamil namun hasilnya negatif. ada kemungkinan atau tidak untuk tetap hamil walaupun result pregnancy test negatif?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Secara umum, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Dalam kes anda, terdapat dua kemungkinan haid anda lewat disini: samada akibat pil tersebut ataupun kerana anda hamil. Pertamanya, memandangkan anda mengambil pil perancang kecemasan, harus diketahui bahawa pil tersebut bekerja dengan cara melambatkan haid, namun boleh menyebabkan kesan sampingan seperti perdarahan (yang berlaku pada anda setelah ambil pil kecemasan). Sebab kedua boleh terjadi sekiranya anda memakan pil kecemasan tidak sesuai dengan arahan pengubatan seperti lewat dari tempoh yang direkomendasi (iaitu lewat 72 jam) ataupun terlupa makan pil kedua ataupun pil tersebut tidak efektif terhadap anda (memandangkan peratus efektiviti pil kecemasan hanyalah setinggi 85% walaupun dengan kepatuhan tatacara pengubatan yang baik).
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Namun, sekiranya hasil negatif, boleh jadi kerana kehamilan terlalu awal, ataupun hasil memang negatif.
Sedikit nasihat, sekiranya anda aktif secara seksual dan tidak merancang untuk hamil, anda digalakkan untuk mengamalkan kaedah perancangan yang lebih rutin seperti pil perancang, IUCD dan suntikan perancang. Hal ini kerana, pil perancang kecemasan hanya boleh digunakan untuk tujuan kecemasan ataupun tambahan kepada kaedah perancangan asal memandangkan ia hanya boleh digunakan maksimum satu kali sahaja dalam setiap kitaran haid.
Untuk info lanjut dan diagnosis pasti, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.