Sulit
6 tahun
Masalah zakar yang saya ingin tahu
saya lelaki berumur 21 tahun jika zakar saya kirang tegang,adakah ia punca untuk tidak mendapat rezeki?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, susah tegang adalah juga dikenali sebagai mati pucuk. Mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk makluman pihak tuan, bagi lelaki usia muda beberapa masalah utama yang boleh menyebabkan mati pucuk adalah psikogenik, endokrin dan akibat ubatan seperti ubat hipertensi yang tidak sesuai. Sebaiknya tuan mendapatkan nasihat doktor dan berbincang masalah yang anda hadapi terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan ubatan zakar seperti Viagra. Kebanyakan kes susah tegang mempunyai prognosis yang baik setelah penyebab-penyebab diatas diatasi dengan baik.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































