
biarlarhhrahsiakal
2 tahun
Medical checkup untuk ipt
Aslm/Hi, Saya Haikal, Saya nak Tanya kalau Saya hisap vape adakah ia memberi kesan negatif kepada kesihatan Saya, Adakah is memberi kesan negatif dalam result medical checkup Saya,
Sebab Saya Rasa takut/gementar kalau kalau is menjejaskan untik saya masuk ipt .
Saya Mohon penjelasan Dan info yang lebih mendalam #please
Thank you

6 tahun
Terima kasih atas soalan anda.
Vape mengandungi nikotin dan bahan kimia yang bahaya. Nikotin merupakan bahan yang menyebabkan ketagihan. Nikotin ini boleh menyebabkan ketagihan terhadap bahan-bahan kimia lain yang sama jenis. Perkembangan otak akan terjejas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja oleh sebab nikotin. Remaja yang menggunakan e-rokok akan mengalami gangguan kognitif dan tingkah laku yang menjejaskan ingatan dan perhatian. Kesan nikotin pada otak manusia dapat diperhatikan dalam jangka masa panjang.
Jika mempunyai pertanyaan anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih