
Sulit
5 tahun
Mengapa ada benjolan kecil di kemaluan sebelah kanan?
jadi macamni doktor , saya perempuan berumur 17 tahun dan mendapati bahawa terdapat benjolan kecil di bahagian kemaluan saya pada sebelah kanan . saya dah perasan benjolan ni sejak 3 hari yang lalu dan ia tidak kecut . benjolan ini tidak berasa sakit ketika membuanv air kecil dan ia juak tidak berbentuk seperti jerawat . jadi saya risau adakah benjolan ini berbahaya atau hanya sekadar benjolan biasa ? yang penting bila saya tekan , ia tidak berasa sakit . mohon penjelasan yang lebih lanjut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.