
Sulit
4 tahun
Pedih dibahagian miss v
Hai doktor saya nak tanya kadang-kadang saya akan mengalami pedih dan sakit di bahagian luar vagina terutama sekali ketika first day haid atau bila darah haid dah kering… Adakah sakit dan pedih tersebut disebabkan bakteria? Sakit akan hilang kalau saya mencuci miss v dgn air tapi beberapa lama sakit itu datang balik… Harap doktor tolong jelaskan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pedih dan sakit pada kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca oleh beberapa penjelasan seperti:
- Penggunaan ubat makan yang mengandungi estrogen
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan. Memandangkan adanya risiko jangkitan, kami nasihatkan anda sebaiknya untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih