
Sulit
5 tahun
Pendarahan Ovulasi, Faraj atau Mengandung?
Saya wanita berumur 20-an dan baru melakukan hubungan seks bersama pasangan saya tetapi tidak pancut dalam tetapi pasangan melakukan fingering kepada saya dan hari ini merupakan hari ovulasi saya, saya telah mandi wajib dan bersihkan diri tetapi beberapa jam kemudian darah setompok keluar di celana saya, adakah ini bermaksud pendarahan vagina atau pendarahan ovulasi atau mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, spotting ataupun darah sedikit yang keluar diluar tempoh haid boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.