
Sulit
4 tahun
Pengambilan ubat oralcon ocp untuk masalah senggugut yang teruk
Saya seorang perempuan berumur 19 tahun. Saya mengalami senggugut yang teruk sejak berumur 16 tahun. Saya telah dirujuk ke bahagian pakar sakit puan dan telah scan bahagian rahim sebanyak 3 kali tetapi semuanya okay. Kemudian saya disarankan untuk mengambil ubat oralcon selama 6 bulan berturut turut sejak bulan 12 yg lalu. Untuk pesakit yg berumur seperti saya, wajarkah pengambilan ubat oralcon itu? Kerana saya telah pergi ke klinik swasta untuk check darah kerana nadi jantung laju dan memaklumkan kepada doktor tersebut berkenaan pengambilan ubat oralcon itu. Doktor itu menyarankan saya untuk berhenti mengambilnya kerana pesakit seperti saya selalunya diberikan ubat tahan sakit shja jika hasil scan tiada apa apa yg tidak normal. Risiko untuk mendapat kanser rahim terbuka jika saya terus mengambil ubat tersebut. Bagaimana ya doktor? Boleh berikan penjelasan? Saya sudah mengambil ubat itu selama 4 bulan dan tiba tiba keputihan bertukar menjadi coklat gelap. Saya perlukan penjelasan doktor. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Namun kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak lama, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar sakit puan yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Gejala lendiran atau tompokan berwarna coklat yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antara punca utama termasuk:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.