
Sulit
5 tahun
Penyakit sipilis lelakk
Saya lelaki umur 22 mengidap penyakit sipilis … Ada spt bonjolan kudis di kawasan kemaluan saya mohon berikan penjelasan dn tentang ubat bagaimna

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak semua benjolan dan kudis di kemaluan adalah disebabkan oleh Sifilis. Sebetulnya, kudis di kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut serta supaya dapat dikenalpasti akar penyebab kepada kudis tersebut. Sementara itu, adalah dinasihatkan untuk anda mengamalkan perkara tersebut di bawah untuk mengelakkan daripada gejala anda memburuk;
- Elakkan mempunyai pasangan seksual pelbagai
- Kerap minum air
- Antibiotik/ antiviral
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.