
Sulit
4 tahun
Perut tidak selesa dan tidak datang haid begitu lama
Salam.Saya wanita berumur 26tahun. Masalah saya adalah, sejak kebelakangan ini kepala sy merasa seperti melayang layang, mual dan perut tidak selesa, dan period sy agak tidak teratur, mengikut pengiraan sy sudah 1tahun 7bjlan sy tidak dtg haid, dan perut sy di bahagian kanan bawah sering sakit, kenapa nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan selamat pagi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda juga, sakit perut kanan bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.