
nrdw8081
5 tahun
Rasa mual Dan perut tidak selesa bila tukar flavor vape
Saya berusia 39thn. Saya mula mula berjinak dgn vape 2 minggu lepas. Kali pertama saya ambil vape tiada apa apa yg berlaku. Selepas saya tukar flavor. 10minit selepas saya ambil saya rasa loya Dan nak muntah. Perut saya x sakit tapi saya rasa x selesa. Saya ambil flavor 35mg kandungan nikotin. Adakah saya alahan kepada flavor tersebut atau saya terkesan kesan dari nikotin didalamnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Pada kes ini, adalah sukar bagi kami menentukan apakah flavor yang menimbulkan alergi tersebut memandangkan anda tidak menyebutkan flavor yang dimaksudkan.
Secara umum, sekiranya anda alergi terhadap flavor yang mana perasa dibuat menggunakan bahan alami seperti buah-buahan, maka dikhautiri anda mempunyai alahan terhadap buah tersebut. Gejala alahan bukanlah sakit perut, loya atau muntah seperti yang dijelaskan.
Sebaliknya, kemungkinan penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Berikut diatas adalah kerana kandungan nikotin dalam rokok mahupun dalam vape mempunyai kesan melambatkan proses penghadaman. Apabila proses penghadaman melambat, ia menyebabkan produksi asid perut meningkat serta menyebabkan kemungkin asid perut untuk naik semakin tinggi. Asid perut yang naik dan melukakan esofagus akan menimbulkan gejala seperti loya dan muntah. Keradangan yang berterusan akibat asid perut pula boleh meningkatkan risiko kejadian kanser perut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.