
Sulit
5 tahun
Sakit dada bahagian kiri dan tngah apabila brnafas dan sakitnya hingga mnusuk kblakang badan. kadang kala brubah sakit shingga kbahu
Assalamu’alaikumwarahamtuALLAH…dan salam sjahtra…
sya brumur 20 an dan masih blajar.saya sring mngalami sakit dada bahagian kiri dan tngah apabila brnafas dan sakitnya hingga mnusuk kblakang badan.kadang kala brubah sakit shingga kbahu atau tngkuk.apabila brgrak aktif dan naik tangga saya tak dapat nak brnafas dngan baik dan trsangkut-sangkut.sakit masa nak nak brnafas waktu tu sudah smstinya.kadangkala x buat apa-apa pon bila nak brnafas sakitnya mrbak kbahu/blakang badan/tngkuk.ada satu waktu dada sblah kiri saya sakit sprti dicngkam dan rasa amat nyri itu naik shingga ktngkuk bbrapa minit.saya sudah k klinik buat pmriksaan jantung, tapi waktu tu dada saya sdang rda dan x sakit sprti sblumnya…dan bacaan jantung saya normal and darah pon normal.doktor cakap tiada apa-apa masalah.masalah ini masih ada hingga skarang.untuk makluman saya tiada masalah obsiti.brat saya 45 kg tapi saya tidak aktif mmbuat snaman dan makan tak trjaga but lately saya kurang makan x macam dulu lagi.trima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada pada seorang wanita muda (20 tahun) biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety. Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Merujuk kepada pemeriksaan jantung yang normal, kemungkinan besar ia bukanlah masalah jantung. Namun, bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.