
Sulit
4 tahun
Sakit Dada dibahagian tengah dan kanan
Saya wanita berusia 20an. Baru-baru ni saya mengalami sakit dada yg teruk ketika berbaring dan melakukan aktiviti. Dalam tempoh seminggu berterusan saya mengalami sakit dada mencucuk dibahagian tengah, kadang kala dada kanan. Ketika berbaring sebelah bahagian badan iaitu dalam posisi ke kiri atau kanan sakit dada ini lebih sakit mencucuk di tengah dada berbanding berbaring dlm posisi biasa. Saya juga terjaga dari tidur disebabkan sakit dada ini dimana semasa saya cuba menukar posisi tidur. 2 tahun lepas, saya juga pernah ke klinik disebabkan masalah sakit dada ketika melakukan aktiviti (ketika berbaring tidak sakit dada), doktor kata faktor menyebabkan sakit dada ini kerana stress. Boleh doctor terangkan sbb sakit dada ini dan perlukah saya merujuk ke hospital. Terima kasih atas maklum balas.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi