Sulit
5 tahun
Sakit di pergelangan tangan
saya berumur 22 tahun. saya mengalami sakit di pergelangan tangan hingga area ibu jari. apabila saya duduk dan tapak tangan menekan ke lantai, tangan saya akan sakit. sebelum ni pun pernah terjadi dalam 2/3 kali. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit pergelangan tangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan saraf
- “Carpal tunnel syndrome”
- Kecederaan tulang belakang
- kekurangan vitamin B12
- toksin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.































