
Sulit
4 tahun
Sakit pda bawah perut
Sya berusia 40thn…Masaalah nya disini,setiap kali selepas hbs haid msti bahagian bwh perut,pinggang dan belakang sya sakit doktor,kdg2 rsa nk pitam doktor…sakit ni spt kedtgan haid…thn 2011 sya prnh menjalani pembedahan buang cyst…dan pulak sya tdk bersalin normal, spt kebykkan wanita lain,sya caesar sbb bukaan tulang rangka sya kecil…yg sya nk tau,adakah cyst ni akan berulang doktor???..adakah itu tanda2 cyst akan berulang kembali??ataupn sebaliknya…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bawah perut bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.