Sulit
3 tahun
Sakit tapak kaki waktu pagi
Saya wanita berumur 25 tahun. Hampir setiap pagi saya akan rasa sakit pada tapak kaki. Paling sakit bila tapak kaki terkena lantai sejuk.
Saya baru melahirkan anak Mac lepas. Sekarang saya masih menyusu badan anak saya.
Saya ada consume vitamin pill tapi bila saya xsempat minum susu (skim milk) atau makan makanan berkhasiat.
Boleh bagi sy nasihat macam mana nak overcome the pain.
Thanks
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah anda iaitu sakit tapak kaki pada waktu pagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab tapak kaki sakit pada waktu pagi atau selepas bangun tidur. Antaranya ialah:
- plantar fasciitis
- achilles tendinitis
- rheumatoid arthritis
- hipotiroidisme
- cedera otot / fascia :ketegangan yang berlaku akibat aktiviti berjalan atau berolahraga yang berlebihan
Fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami menganjurkan anda untuk memakai stocking sekiranya lantai yang sejuk menambah rasa sakit pada kaki anda. Namun begitu, sekiranya keadaan ini tidak mengurangi gejala yang anda alami, kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang lebih tepat berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor secara langsung.
Di samping itu, anda juga boleh mencuba regangan pada tapak kaki untuk melegakan rasa sakit yang anda alami. Langkah-langkah regangan adalah seperti berikut:
- Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain.
- Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa.
- Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
- Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih