Sulit
5 tahun
Semakin umur naik (umur 55 sekarang), semakin tidak cukup ketegangan alat kelamin
saya berumur 55 tahun sihat tidak ada mengambil ubat apa apa, kebelankangan ini ( dalam 6~8 tahun) semakin lemah ketegangan alat kelamin semasa bersama isteri, masih boleh melakukanya tetapi banyak kekurangan condident dan cepat lembik. saya ingin mencuba ubat Sildenafil genaric, boleh kah saya berinteraksi video call dengan doctor di doctoroncall sini and dapat kan prescrpsi tanpa pergi ke hospital?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah tidak dapat mengekalkan ketegangan alat kelamin boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































