
Sulit
4 tahun
Ubat perancang dan darah haid
Assalammualaikum haii doktor. Saya nk tanya. Saya ambil ubat perancang. Dan dalam 2 minggu lepas, saya ada tertinggal ubat perancang tu dalam 3 4 hari. And bila saya makan balik, period saya datang walaupun belum kitaran haid tu datang. Dan dh lebih 2 minggu darah tu tak berhenti. Boleh bagi penjelasan and cara nk berhentikan darah haid ni.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui bahawa haid yang teratur adalah haid yang datang setiap 28 hari. Minimal setiap 24 hari hingga selewat 38 hari. Sementara itu, lama tempoh haid yang normal adalah sekitar 2 hingga 8 hari. Justeru, sekiranya haid anda datang tidak kurang dari 24 hari dari hari pertama haid sebelumnya, maka haid anda masih dalam kitaran normal.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat,maklumat lanjut diperlukan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.