
Sulit
5 tahun
Ujian darah GGT tahap minimum sehingga 11
Saya lelaki lingkuan 40 telah membuat ujian darah pada bulan Nov 2019 Dan bacaan GGT Saya tahap rendah sehingga 11 bah 12 yalah paling minimum.Di sampling itu,baccan VDRL Saya reactive 1.2 Dan tpha reactive juga
Saya berpeluh semasa tidur di waktu malam.Saya disini berharap dapat sedikit penerangan mengenai kesihatan Saya.Sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tahap GGT sering kali berkait rapat dengan penyakit hati dan saluran hempedu. Memandangkan kami tidak mengetahui unit untuk bacaan GGT anda, dan setiap makmal mempunyai bacaan yang tersendiri kami tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut mengenainya.
Manakala melalui keputusan VDRL dan tpha anda saya dapati encik menghidapi penyakit sifilis. Untuk pengetahuan encik, penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria Treponema pallidum. Sifilis berpunca daripada transmisi melalui hubungan seksual atau jangkitan daripada ibu. Ia mempunyai beberapa tanda-tanda yang menunjukkan tahap klinikal yang sedang dialami oleh pesakit.
Tanda-tanda contoh sifilis pada tahap ‘primary adalah
- Tanda-tanda pada kulit yang dikenali sebagai chancre dan pembengkakan nod limfa yang berdekatan dengan kawasan pertama terkena jangkitan.
Tahap ‘secondary’:
- munculnya ruam-ruam
- demam
- kelenjar-kelenjar yang bengkak
- Kehilangan berat badan
- rambut-rambut gugur
- pening kepala
- berasa amat penat
- sengal-sengal otot.
Tahap ‘tertiary’ adalah tahap terakhir dan ia boleh muncul selepas sehingga 10 hingga 30 tahun selepas terkena jangkitan pertama. Komplikasi-kompikasi yang boleh berlaku termasuklah:
- masalah urat saraf serta pada otak
- masalah stroke
- radang pada sekeliling otak dan saraf tunjang
- berasa kebas-kebas
- kehilangan pendengaran dan penglihatan
Bagi gejala berpeluh semasa tidur pula, terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada simptom tersebut. Antaranya:
- Jangkitan seperti tibi, HIV
- Hormon tidak seimbang seperti kencing manis, masalah tiroid
- ‘Obstructive sleep apnea’ : penyakit dimana dinding tekak menjadi sempit dan menyebabkan kesukaran bernafas ketika tidur.
- Gastroesophageal reflux disease (GERD): otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah menyebabkan makanan mengalir kembali (refluks) ke esofagus
- Cancer seperti limfoma, leukemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.