
Sulit
5 tahun
Vagina gatal , keputihan berwarna coklat serta darah sedikit
Saya wanita dalam lingkungan 20an dan vagina saya kerap pedih dan sakit . Baru baru ini saya terbau sesuatu yang tidak menyenangkan dan ianya datang dari keputihan saya yang berwarna coklat serta berbau . Harini saya masih lagi terasa pedih dan gatal . Dan apabila saya membuka seluar dalam saya tidak tahu sama ada saya didatangi haid atau belum . Kerana ada sedikit darah pada seluar dalam saya disertakan dengan keputihan yang berbau serta rasa gatal dan pedih . Saya rasa stress dan buntu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang keluar diluar tempoh haid boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.