
aimanhafidz1306
5 tahun
Zakar tidak dapat menegang dngn keras
Saya lelaki berumur 20 tahun ,sejak tiga hari ini saya sedar zakar saya tidak dapat menegang dengan keras,saya mengaku merupakan seorang yg beronani tetapi saya telah melakukan jadual seperti 2 minggu sekali ,jdi apakah ubat yang perlu saya ambil,kaedah untuk saya atasi masalah ini,makanan yg perlu saya makan dan senaman apakah yg perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, sukar ereksi juga dikenali sebagai mati pucuk. Ia dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Merujuk kepada onani, sebetulnya aktiviti onani tidak menyebabkan mati pucuk. Akan tetapi, kajian mendapatkan bahawa menonton pornografi menyumbang kepada sebahagian besar kes mati pucuk. Justeru, penting untuk anda kenalpasti aktiviti atau apakah terdapat penyakit yang lebih serius yang mendasari keluhan ini seperti yang disenaraikan diatas.
Memandangkan mati pucuk dapat disebabkan oleh masalah diatas, sebaiknya anda merujuk kepada doktor agar dapat dikenalpasti masalah tersebut. Hal ini kerana, mati pucuk dapat sembuh tanpa menggunakan ubat seksual tetapi hanya dengan merawat masalah penyakit dasar. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.