
Sulit
5 tahun
Zakar tidak tegang atau masalah mati pucuk
Saya baru berumur 23,tapi saya ada masalah diabetes… saya perasan mati pucuk ni apabila saya mimpi sex tapi tidak belaku ketegangan pada zakar… saya masih belum berkahwin… apa patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, sukar tegang juga dikenali sebagai mati pucuk. Ia dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Sekiranya anda telah pasti mempunyai diabetes, sebaiknya anda mengambil ubat untuk menurunkan kandungan gula darah anda. Hal ini kerana, gula darah yang tinggi boleh merosakkan saraf dan saluran darah sehingga menyebabkan kejadian mati pucuk.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk mulai berubat ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.