Sulit
3 tahun
Ereksi lembik semasa bersetubuh
Saya lelaki berumur 21 tahun mempunyai tabiat buruk onani hampir setiap hari. Saya menyedari ereksi saya menjadi lembik dan tak berkualiti dan lembik semasa bersetubuh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah ereksi. Untuk makluman anda, masalah tidak dapat mengekalkan ereksi juga dikenali sebagai mati pucuk. Sebenarnya, mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Masalah-masalah diatas ini adalah masih reversibel dan boleh dibaik pulih sekiranya masalah dasar diatasi.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah