Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Haid selepas 18 hari haid sebelumnya berakhir dan darah kesat berwarna kecoklatan tidak berlendir

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 12, 2020 2:08 PM

Sulit 2 bulan

Adakah normal jika saya didatangi haid selepas 18 hari is berakhir? Darah yang turun pula berwarna coklat dah tidak berlemdir (kesat). Saya wanita berumur 20 tahun.

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:

  • Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyebabkan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam/coklat
  • Pendarahan implantasi kehamilan
  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
  • Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jun 12 2020 14:08:38 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Pendarahan Coklat dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Darah haid hitam selama 3 hari Saya wanita berusia 23 thn dan sudah berkahwin…saya mengalami darah haid hitam pada awal haid selama 3 hari…selepas itu haid dtang bnyak selpas pada haritu Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Darah haid datang lagi setelah seminggu haid bersih Sy berumur 29 tahun dan sudah berkahwin… selama ini haid sy teratur, kadang2 cuma lewat 1 -2 hari @ cepat 1-2 hari. untuk bulan ini, saya telah datang haid selama 6 hari dan selang seminggu sy m… Baca lagi...
45 hari
Sulit
Ada bunyi di denyutan di pusat…Ada hamil Saya dah lama menanti setiap Kali gagal… skrg risau tetapi keluar coklat rasa macam mana period. Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Spotting / pendarahan bukan waktu kitaran period Salam sejahtera doc, saya berumur 28thn dan telah berumah tangga. Beberapa hari kebelakangan ini sy mengalami pendarahan yg berwarna coklat. Period sy yg terakhir 22/4-27-4. Seminggu slps itu sy… Baca lagi...
3 bulan
mayaanatasyaa
Keluar darah coklat sedikit selepas seminggu habis haid saya risau sebab seminggu lepas habis haid, ada darah coklat keluar. mengapa ini terjadi? saya risau akan hal kesihatan lain. ini pertama kali saya perasan. apa patit dsaya buat? Baca lagi...
55 hari
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >