Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dada apabila menarik nafas

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 29, 2020 3:38 AM

Sulit 47 hari

Saya wanita berumur 17 Tahun … Sblm ini saya pernah mngalami rasa sakit dada apabila menarik nafas seperti ada sesuatu yg membuatkan saya sukar bernafas . Saya merasakan seperti ada sesuatu yg berat apabila saya menarik nafas bila saya menghembus nafas rasa amat sakit dn apabila saya meraskaan seperti ada sesuatu yg pecah baru laa saya rasa mudah utk bernafas . skrg dada saya sakit apabila saya bernafas

Dr Sashini Seeni 47 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai sebab:

  • Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
  • Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
  • Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang

Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:

  • Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
  • Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
  • Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
  • Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
  • Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jun 29 2020 03:38:44 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Sakit Dada dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Rasa nak pitam selalu .kebas dan kesemutan selalu terjadi pada tangan dan kaki .degupan jantung selalu naik bila² masa sya lelaki berumur26 .saya baru² ini mengalami kenaikan tempo heartbeat saya . selalu kebas dan kesemutan pada tangan dan kaki .rasa loya dan nak muntah .kepala berpusing pusing selalu nak pitam … Baca lagi...
19 hari
Sulit
Batuk Dan sakit dada belah kanan baru baru ni saya ada selsema dan batuk. batuk saya sampai saya muntah baru lega. saya susah nak keluarkam kahak sebab terlalu pekat. kadang kadang lepas saya makan, saya akan batuk yang berteru… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Sakit dada setiap pagi Hai, saya perempuan berumur 30 tahun. Berkahwin dan ada anak dua. Saya menyusu badan untuk anak kedua yg berumur 4 bulan. Sejak 3 hari lepas, saya mengalami sakit di bahagian atas perut sehingg… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Sakit dada apabila menarik nafas Saya wanita berumur 17 Tahun … Sblm ini saya pernah mngalami rasa sakit dada apabila menarik nafas seperti ada sesuatu yg membuatkan saya sukar bernafas . Saya merasakan seperti ada sesuatu yg b… Baca lagi...
47 hari
Sulit
Dada terasa seperti menyucuk dan tekak seperti perit Kes saya ni doc sebenarnya mcm ni,sya ada trauma dgn sesak nafas kot sbb depan mata khilngn psngn akibat sesak nfas…mula² tu xrasa apa²,tp bila da berlalu 2 minggu lebi dr kjdian tu,jantung sya … Baca lagi...
11 hari
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >