Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sering sakit dibahagian dada dan sering sendawa sendawa

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 12:53 AM

Sulit 58 hari

sy wanita berusia 25 tahun.Sy sering rasa sakit dada dan sendawa yang banyak.Agak sussah nak bernafas .Sering rasa pedih ulu hati dan .Adakah sy mengalami angin atau?

Dr Sashini Seeni 58 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai sebab:

  • Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
  • Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
  • Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang

Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada keluhan sakit dada adalah seperti berikut:

  • Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
  • Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
  • Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
  • Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
  • Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 00:53:33 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Dada terasa pedih dan seperti ditekan Saya wanita berusia 27 tahun. Dari pagi tadi bangun dada saya terasa seperti ditekan. Rasa seperti otot cramp. Gerak sikit pun rasa pedih Baca lagi...
45 jam
Sulit
Sakit dada yang berlarutan dan tangan kanan kerap berdenyut Saya adalah wanita pada umur 19 tahun saya mengalami sakit dada di bahagian tengah dada dan belakang badan hampir sebulan lebih pada awalnya sakit dada ini ini cuma sakit yang biasa tapi makin l… Baca lagi...
44 hari
Sulit
Sakit Dada, Lengan Teraa Lenguh, Mual Tetapi Tidak Boleh Muntah Saya seorang perempuan berusia 18 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya dapat rasakan dada disebelah kiri saya seperti dicengkam dan adakalanya ia seperti ditekan/dihempap. Apabila sakit di dada s… Baca lagi...
31 hari
Sulit
Sakit tengah tangah dada hingga ke rahang dagu saya wanita brumur 23tahun. semalam saya mengalami sakit yang tramat sangat pada bahagian tengah2 dada…sakit ty merebak hingga ke dagu rahang dan kepala.saya juga rasa seperti ingin muntah keran… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Ketidakselesaan pada dada kiri Selamat petang. Saya adalah seorang perempuan yang berumur 21 tahun,seorang pelajar serta tidak didiagnosis apa-apa penyakit kronik sebelum ini. 3 Jun yg lepas, saya merujuk ke bhg kecemasan ho… Baca lagi...
27 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi