Sulit
4 tahun
Zakar tidak normal nampak layu and pendek
Saya berumur 20 tahun zakar saya namapak makin lama makin lain…mungkin ini tabiat dulu saya yg suka bernonani tapi sekarang dah stop cuma nak cari ubat yg sepaptutnya saya guna
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, susah tegang dan susah klimaks adalah juga dikenali sebagai mati pucuk. Mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk makluman pihak tuan, bagi lelaki usia muda beberapa masalah utama yang boleh menyebabkan mati pucuk adalah psikogenik, endokrin dan akibat ubatan. Kebanyakan kes susah tegang mempunyai prognosis yang baik setelah penyebab-penyebab diatas diatasi dengan baik.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































